-->
NHS !

Friday, 29 July 2011

Metafora: Si Anak Gajah

 



   Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

    Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa?????? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu malakukannya.

    INILAH bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

Terima Kasih Sudi Baca :) May Allah Bless You

Posted by Officially Mine ! at 17:14
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tekan Button dibawah !

Follow @matunsyida
Assalamualaikum
Semoga Kita Tergolong Dalam Orang Beriman
тɛяιмα καƨιн κɛяαиα ƨʋ∂ι мɛℓαωαт :)

Tinggalkan Nota Kaki Anda :)

Blog Kawan !

  • the way of ur life
    Jenis Jin Yang Merasuki Tubuh Manusia Dan Tugasnya
    5 years ago
  • life isn't easy~
    8 years ago
  • the wheel of life ~
    mutiara yang memiliki cahaya yang mulia
    12 years ago
  • Teratak D' Pinggiran
    masam manis: BLUBERRY CHEESE TART dan step by step
    12 years ago
  • Luahan Secebis Hati~


OFFICIALLY MINE | By : HalimatunSyahidah. Powered by Blogger.