-->
NHS !

Thursday, 8 December 2011

Petua Pelajar Cemerlang :D

 
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.






1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

   "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

    Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka      imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan    melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

   "iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

     Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan  melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil  lewa.



3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

  "dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang    tidak berguna)." [23:3]

   Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita  cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton  drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja  melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

   Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan  mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti  membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan  darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia  maklum.

   Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu',  melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat  dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu  dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

    Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru  kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan  anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah  diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.



4. Prihatin sesama kita

   "dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

   Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu  mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling  kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas  dan lain-lain. Sharing is caring.


5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

   "dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri    mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam  hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang  yang melampaui batas." [23:5,6,7]

   Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas  pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan,  kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak  bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

  Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6. Jujur, amanah

  " dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

   Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar  bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah  SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah  dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,  pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

   Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita  berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis.  Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata  illa billahil 'azim."


7. Tepati waktu

   "dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

# Amalakan semuanye insyaallah menjadi pelajar cemerlang . sekadar panduan   bersama :D
 
 
 
 

Terima Kasih Sudi Baca :) May Allah Bless You

Posted by Officially Mine ! at 23:19
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tekan Button dibawah !

Follow @matunsyida
Assalamualaikum
Semoga Kita Tergolong Dalam Orang Beriman
тɛяιмα καƨιн κɛяαиα ƨʋ∂ι мɛℓαωαт :)

Tinggalkan Nota Kaki Anda :)

Blog Kawan !

  • the way of ur life
    Jenis Jin Yang Merasuki Tubuh Manusia Dan Tugasnya
    5 years ago
  • life isn't easy~
    8 years ago
  • the wheel of life ~
    mutiara yang memiliki cahaya yang mulia
    12 years ago
  • Teratak D' Pinggiran
    masam manis: BLUBERRY CHEESE TART dan step by step
    12 years ago
  • Luahan Secebis Hati~


OFFICIALLY MINE | By : HalimatunSyahidah. Powered by Blogger.